1.0 PENGENALAN
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang telah saya sunting dari
Wikipedia telah mendefinisikan bahawa kesihatan merupakan kesempurnaan fizikal,
mental dan sosial dan tidak hanya ketika keadaan sakit. Manakala menurut kamus
dewan, kesihatan adalah berhubung dengan sihat, kesegaran, kebaikan keadaan
badan dan lain – lain. Oleh itu, dapat kita fahamkan bahawa kesihatan merupakan
peningkatan baik tubuh badan tidak kira dari segi fizikal ataupun mental.
2.0 DATA UJIAN
BIL.
|
UJIAN
|
PRA
|
SKOR
|
POST
|
SKOR
|
1.
|
BMI
|
17.4
|
4
|
17.4
|
4
|
2.
|
NAIK TURUN BANGKU
|
91
|
4
|
156
|
2
|
3.
|
TEKAN TUBI
|
30
|
5
|
32
|
5
|
4.
|
RINGKUK TUBI SEPARA
|
18
|
3
|
25
|
4
|
5.
|
JANGKAUAN MELUNJUR
|
40
|
4
|
40
|
4
|
6.
|
UJIAN BLEEP
|
6/1
|
5
|
5/7
|
5
|
Saya telah menjalani ujian pra SEGAK dan ujian bleep pada hari Selasa 2
Julai 2019 manakala ujian post pada hari Selasa 10 September 2019.Merujuk
kepada data yang telah saya dapat ialah berat badan saya meningkat daripada
46.7 kg kepada 47.4 kg manakala ketinggian saya masih sama dengan ukuran 164
cm. Jumlah BMI saya ketika ujian post ini tidak menunjukkan perubahan yang
ketara kerana jumlah BMI saya bagi ujian pra masih sama dengan jumlah 17.4.
contoh ujian naik turun bangku
contoh ujian naik turun bangku
Ujian post naik turun bangku saya telah mencatat kiraan nadi sebanyak
152 berbanding ujian pra iaitu sebanyak 91 dalam kiraan masa seminit.Ini
menunjukkan bahawa kadar denyutan nadi saya tidak begitu bagus kerana oksigen
tidak dapat dipam keseleuruh badan dengan cepat dalam kiraan masa seminit.
contoh ujian tekan tubi
contoh ujian tekan tubi
Seterusnya bagi ujian tekan tubi pula, jumlah catatan saya hanya
meningkat sedikit berbanding yang lalu dengan kiraan 32 daripada 30 prestasi
ini telah menunjukkan bahawa saya dapat menstabilkan daya tahan dan kekuatan
otot ini dengan melakukan beberapa senaman.
Malahan ujian ringkuk tubi separa pula saya mempunyai sedikit
peningkatan daripada 18 kepada 25. Hal ini menunjukkan bahawa otot abdomen saya
semakin kuat disebabkan latihan sistem otot secara berkala.
contoh ujian jangkauan melunjur
Melalui aktiviti regangan yang telah saya lakukan setiap hari setelah
bangun daripada tidur telah memberi kesan dalam ujian jangkauan melunjur
walaupun tiada peningkatan dalam ujian ini kerana jumlah catatan pada
ujian post adalah sama dengan ujian pra iaitu 40 namun saya dapat menstabilkan
fleksibiliti badan saya.
Akhir sekali, saya juga tidak dapat membuat peningkatan dalam ujian
bleep kerana saya hanya berjaya ke peringkat 5-7 sahaja bagi ujian post
berbanding ujian pra yang lalu dengan catatan yang agak memberangsangkan iaitu
6-1. Penurun prestasi ini adalah disebabkan oleh kekurangan latihan bagi
meningkatkan stamina badan sewaktu berlari.
3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, senaman amat penting bagi setiap individu kerana ianya
memberi kesan yang positif contohnya dapat mengekalkan kekuatan otot jantung,
kekuatan paru – paru, dan kekuatan otot yang disebabkan oleh senaman yang
berterusan. Ianya juga dapat membantu paru – paru untuk membekalkan oksigen
kepada darah dengan lebih baik. Perubahan fisiologi pada tubuh badan justeru
akan menambahkan kekuatan otot. Peningkatan kekuatan otot tidak tertumpu pada
otot tertentu sahaja tetapi secara menyeluruh. Malahan senaman juga dapat
mencegah diri kita dari sebarang penyakit yang boleh membahayakan diri kita
serta badan kita akan kekal sihat. Oleh itu, saya akan cuba untuk membahagikan
masa dengan baik supaya dapat meluangkan masa untuk melakukan lebih senaman
bagi meningkatkan kecergasan badan.
No comments:
Post a Comment